Monday 1 August 2011

AKHIRNYA DERITA SEORANG LELAKI YANG BERNAMA ASHRAF


Berita tergempar dan sedih di atas kematian Mohd Ashraf membuatkan seluruh penduduk di Malaysia gempar, mungkin seluruh dunia pun mengetahuinya bagaimana deritanya seorang lelaki yang mempunyai jasad seorang perempuan ingin menukar nama kepada seorang perempuan bernama Aleesha Farhana. BVetapa ayunya wajah Mohd Ashraf menjadi seorang perempuan. Namun begitu takdir Allah menentukan segala-galanya. Allah lebih sayangkan Mohd Ashraf, fikirlah dalam-dalam bahawa sesuatu kurniaan Allah sememangnya tidak boleh diubah apa-apa pun. 

Fikir dan renung-renungkanlah bahawa menukarkan diri dari seorang lelaki tulin kepada seorang perempuan sememangnya tidak boleh ke mana-mana. Apabila Allah mengambil nyawa kita maka masalahnya cara bagaimanakah jasad kita hendak duruskan. Apabila seorang lelaki menukar menjadi seorang perempuan dan bercinta dengan seorang lelaki adakah kita boleh berkahwin? Maka deritalah jadinya, oleh itu fikirlah secara mendalam hala tuju hidup kita bahawa agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan hukumnya.

Berikut luahan hati ibu Ashraf di dalam Harian Metro.

KUALA TERENGGANU: “Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.



“Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya. Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.

“Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya,” katanya.
Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment